Appealing point of Izuruhara Benten Ike Pond

 Sano ialah sebuah bandar yang terletak di Tochigi terkenal dengan Yaku Yoke Taishi (sebuah tokong yang terkenal di Jepun), Sano Ramen (sejenis masakan Jepun berbentuk mi sup. Setiap tempat dan wilayah mempunyai variasi ramen yang tersendiri) dan tempat membeli belah terkemuka berkonsep outlet iaitu Sano Premium Outlet. Tetapi tahukah anda, Sano juga mempunyai tempat indah yang kaya dengan alam semulajadi dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri? Lokasi tarikan tersebut ialah Tasik Izuruhara Benten Ike.
 Terletak kira-kira 6km ke arah barat laut bandar Sano, Tasik Izuruhara Benten Ike adalah sebuah kolam air mata air yang mengalir dari celahan lapisan batu kapur Paleozoic strata. Pohon mapel yang berada di seberang kolam dan ikan koi yang berenang di dalam air yang tenang pasti akan memberikan pemandangan yang mengagumkan kepada sesiapa sahaja yang menjejakkan kaki ke sini. Kejernihan dan kebersihan airnya menjadikan punca tasik ini terpilih di antara 100 Air Paling Popular di Jepun, carta oleh Kementerian Alam Sekitar Jepun. Apa kata anda cuba melawat tasik ini jika anda seorang pencinta alam dan berpeluang datang ke Jepun?

14051659_10153936284907582_5928421165400341786_n
Ikan koi yang sedang berenang di dalam tasik yang jernih

14066293_10153936286462582_2551048576633843232_o
Pemandangan tasik Izuruhara Benten Ike saat diselubungi kabus pagi

13996121_10153936287122582_8926714350375995473_o
Kedai kecil yang bertapak di sebelah tasik, diusahakan oleh sebuah keluarga Jepun

14047339_10153936289147582_5361355916069962563_o
Saya dan keluarga sedang bersiar-siar di sekeliling tasik. Suhu air di tasik ini kekal 16℃ sepanjang tahun membuatkan bersiar-siar di sekeliling tasik ini sangat menyegarkan, lagi-lagi ketika musim panas di Jepun ini!

13987471_10153936289917582_9140594375984314392_o
Spot yang sangat sesuai untuk bersantai ketika hari panas

Address

1117, Izuruharacho, Sano-shi, Tochigi, 327-0102, Japan

Related article

[card url=”https://www.halalmedia.jp/archives/16727/enjoy-muslim-friendly-town-sano-premium-outlet-mountain-welcomes-cats-best-gyoza-japan/”]

HALAL GOURMET JAPAN

メルマガ会員募集中