You can buy Japanese product at a low price.

Hanya mengambil masa kira-kira sejam perjalanan dari utara Tokyo terletaknya Sano Premium Outlet di bandar Sano, Tochigi. Sano Premium Outlet merupakan salah satu pusat membeli belah berkonsep outlet yang terbesar di dalam Kantou. Terdapat 180 kedai dengan pelbagai jenama terkenal bertaraf antarabangsa hinggalah kepada jenama tempatan seperti GAP, Fossil, Body Shop, G-shock, Nike, Seiko dan pelbagai lagi yang menawarkan diskaun 25-65% hampir setiap hari! Tiada alasan lagi untuk tidak singgah di syurga membeli belah ini!

14124942_10153967881492582_4157498956982916929_o

Bagi yang memandu kereta ke sini, tidak perlu risau masalah tempat letak kereta kerana bilangan ruangan letak kereta yang disediakan banyak, samada berbumbung ataupun tidak. Bagi yang lebih senang dengan kenderaan awam, bas dari Tokyo atau Shinjuku juga merupakan salah satu pilihan untuk ke sini. Bagi yang baru tiba dari luar negara pula, dapatkan bas yang menuju terus ke Sano daripada lapangan terbang sama ada Lapangan Terbang Haneda atau Narita. Kesemua bas-bas ini akan berhenti di Terminal Bas Sano Shintoshi yang hanya sejauh 3 minit berjalan kaki ke outlet. Bagi yang ingin menaiki tren, turun di Stesen Sano dan ambil bas awam menuju ke Outlet.
Sano Premium Outlet mengalu-alukan kehadiran pengunjung dari luar negara. Oleh itu, pengumuman dan peta panduan boleh didapati di dalam Bahasa Inggeris selain Bahasa Jepun. Jika anda merupakan pelancong, anda layak membeli belah bebas cukai. Kebanyakan kedai menerima bayaran melalui kredit kad. Coin locker dengan pelbagai saiz turut tersedia di sebelah Information Center.

2

Outlet turut menawarkan barrier-free service untuk golongan kurang upaya. Kawasan parkir untuk golongan kurang upaya yang luas disediakan khas dan akan dibantu oleh staf jika anda memerlukannya. Sebelas tandas umum turut menyediakan tandas khas untuk kegunaan mereka. Selain itu, servis pinjaman kerusi roda boleh didapatkan di Information Center dan semua restoran dan kafe juga mesra kerusi roda.
Bagi mereka yang hadir bersama anak kecil, kemudahan bilik menyusu boleh didapati di sebelah Information Center dan di sebelah kedai Edwin di sektor 1435. Bilik menyusu di sebelah Information Center hanya boleh digunakan oleh para ibu manakala yang di sebelah kedai Edwin boleh digunakan oleh ibu dan juga bapa. Ia mempunyai 4 bilik kecil khas untuk ibu yang memerlukan privasi menyusukan bayi, stesen menukar lampin, tong sampah khas untuk lampin pakai buang, sinki untuk membancuh susu formula, ketuhar gelombang mikro dan juga kemudahan air panas. Jika anak kecil anda kepenatan berjalan di kawasan outlet yang luas ini, jangan risau kerana anda boleh meminjam stroller secara percuma di Information Center. Terdapat beberapa jenis stroller yang boleh digunakan untuk bayi berumur 1 bulan hingga kanak-kanak 3 tahun.

3

Buat pengunjung beragama Islam, kini anda sudah boleh menunaikan solat tanpa menangguh waktu lagi kerana pihak outlet akan menyediakan ruang solat jika anda memerlukannya. Hanya maklumkan kepada staf di Information Center tentang ruang solat dan mereka akan membawa anda ke ruang solat yang disediakan.

4

Restoran halal masih belum boleh didapati di dalam kawasan Sano Premium Outlet tetapi jika anda ingin menikmati juadah kari atau naan, anda boleh dapatkannya di Nawab Zada yang terletak di Aeon Sano New City Floor Gourmet Tingkat 2 yang hanya mengambil masa 5 minit dengan berjalan kaki dari outlet. Pelbagai pilihan menu yang tersedia dengan harga yang sangat berpatutan, tetapi apa yang paling penting adalah mereka menghidangkan menu halal! Sudah tentu menjadi pilihan restoran yang memuaskan buat pengunjung Muslim yang penat menghabiskan masa seharian di Sano Premium Outlet.

5

SANO PREMIUM OUTLET

Tel
0283-20-5800
OPEN
10:00〜20:00
Address
2058, Koena-cho,
Sano-Shi, Tochigi, Japan
Website
http://www.premiumoutlets.co.jp/sano/

HALAL GOURMET JAPAN

メルマガ会員募集中