Untuk pencinta sukan outdoor, ini pengalaman yang anda wajib cuba

Paragliding Experience in Skygym Sano

Buat pencinta aktiviti outdoor, kini di Skygym Sano anda boleh alami sendiri pengalaman terbang tinggi di udara dengan paragliding. Terletak di bandar Ashikaga yang terkenal dengan Ashikaga Flower Park, paragliding di Skygym Sano akan menjadi sebuah trip balik hari yang mendebarkan dan yang pasti menyeronokkan!

Paragliding Experience in Skygym Sano

Terdapat 3 kursus menarik yang disediakan untuk anda pilih, Tandem Flight Course, Flight Experience Course dan juga Master Course. Di bawah ini merupakan butir-butir bagi setiap kursus.

Tandem Flight Course

Bayaran: 9000 yen (sudah termasuk cukai, insurans dan bayaran kawasan)

  • Terbang bersama tenaga pengajar di belakang anda!
  • Bermula seawal 8 pagi hingga 6 petang (perlu perbincangan lanjut dengan pihak Skygym Sano).
  • Terdapat had limit berat tertentu untuk dewasa.
  • Peserta bawah umur (bawah 20 tahun) dikehendaki untuk hadir bersama ibu bapa/penjaga. Kursus mungkin tidak akan diteruskan tanpa kehadiran ibubapa/penjaga.
  • Peserta bawah umur (bawah 20 tahun) perlu mendapat keizinan daripada ibubapa/penjaga.
  • Tempahan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 hari sebelum.
  • Video selama 15 minit dan sehelai gambar akan diberi kepada peserta.

[wc_highlight color=”red”]HARGA ISTIMEWA!![/wc_highlight]
Jika anda berminat untuk mencuba Tandem Flight Course, dapatkan diskaun sehingga 1,000 yen untuk seorang! Hanya dengan memberitahu kepada staff Skygym Sano kata kunci ‘Ryoumo Muslim Inbound Development Council’ dan anda hanya perlu membayar 8,000 yen untuk satu penerbangan!

Flight Experience Course

Bayaran: 15,000 yen (dewasa sahaja, harga sudah termasuk insurans, cukai dan bayaran kawasan)

Untuk kursus ini, peserta akan belajar pergerakan-pergerakan asas dan juga operasi paragliding bersama tenaga pengajar. Selepas memastikan cuaca yang baik dan sesuai untuk paragliding, peserta akan terbang bebas secara bersendirian.

  • ‘One day course’ – peserta akan terlibat dari pagi hingga kira-kira lewat petang.
  • Terdapat juga ‘Yukkuri Taiken’ – belajar dengan kebolehan dan rentak anda sendiri untuk beberapa hari selama 3 ke 4 jam sehari. Bayaran untuk 1 hari adalah 5,000 yen.
  • Alat perlengkapan paragliding boleh digunakan beberapa kali sepanjang kos ini.
  • Kursus ini tidak menjamin peserta untuk berjaya melakukan penerbangan dalam sehari. Untuk hari kedua dan seterusnya, bayaran 5,000 yen akan dikenakan untuk satu hari (sudah termasuk alat kelengkapan, bayaran sewa kawasan & insuran)
  • Peserta bawah umur perlu mendapat kebenaran daripada ibubapa/penjaga.

Master Course

Bayaran: 20,000 yen (harga sudah termasuk cukai)

  • Sesuai kepada mereka yang mahu terbang bebas dengan kebolehan sendiri.
  • Sah selama 2 bulan selepas bayaran selesai.
  • Peserta bebas untuk terbang sebanyak mana yang dimahukan selagi di dalam tempoh Master Course (2 bulan).
  • Bayaran untuk sewaan kawasan dikira berasingan iaitu sebanyak 3,000 yen sehari (sudah termasuk cukai dan insurans).
  • Sebarang pertanyaan tentang kecemasan, thermal soaring dan juga cuaca untuk penerbangan, boleh berhubung dengan pihak Skygym Sano dengan lebih lanjut.
  • Alat kelengkapan paragliding perlu dibeli untuk menyertai kursus ini.

Paragliding Experience in Skygym Sano

Mohamad Aliff, rakyat Malaysia yang sedang menuntut di Universiti Gunma sudah mencuba Tandem Flight Course beberapa minggu yang lepas. ‘Sangat mendebarkan dan menarik! Ini merupakan pengalaman pertama saya mencuba sukan paragliding, dan ia sangat selamat untuk terbang di bawah pengawasan Skygym Sano. Untuk pencinta sukan outdoor, ini merupakan suatu pengalaman yang anda wajib cuba!’, tambah beliau apabila bertanya tentang pengalamannya.

Paragliding Experience in Skygym Sano

 

Notis Penting

  • Adalah dinasihatkan untuk menempah sesi anda seawal yang mungkin untuk pihak Skygym Sano menguruskan penerbangan anda.
  • Insurans yang disediakan di dalam setiap kursus hanya boleh digunakan oleh peserta yang tinggal di Jepun sahaja dan tidak boleh digunakan oleh pelancong.
  • Pelancong dari luar negara perlu melampirkan passport semasa pendaftaran.
  • Peserta yang tinggal di Jepun perlu melampirkan kad insurans masing-masing semasa pendaftaran.

Skygym Sano

Address 7131-2 Nitta, Okudocho, Ashikaga-shi, Tochigi 329-4215
Phone 090-2535-1250
Location Lihat di Google Map

Artikel Berkaitan

[bc url=”https://www.halalmedia.jp/my/archives/23063/muslimah-friendly-hair-salon-lynden-in-sano/”]

[bc url=”https://www.halalmedia.jp/my/archives/21546/perfect-guide-of-halal-food-stores-in-sano-city-tochigi/”]

HALAL GOURMET JAPAN

メルマガ会員募集中