iJ_front

”item Japan”, mengirimkan produk Jepun kepada dunia!

https://item-japan.jp/about-item-japan

23 hb Jun 2015, C-Connect Corporation telah melancarkan website global e-commerce untuk produk-produk Jepun yang berkonsepkan “Kiriman produk-produk yang bermutu tinggi ke seluruh dunia” yang terdiri daripada 8 kategori : alatan tulis, produk halal, peralatan dapur, makanan, alatan permainan, komik & animasi, produk kecantikan dan kosmetik, alat pertukangan, dan juga produk untuk kanak-kanak dan bayi.

Medium seperti Facebook ini juga diwujudkan ekoran pelancaran website dan hasilnya mencecah lebih dari 120,000 Like dalam sebulan. Hal ini kerana mendapat perhatian masyarakat terhadap Facebook ini terus meningkat.

Dalam kategori Halal di website tersebut, “item Japan” memiliki visi untuk memberi kepuasan kepada pelanggan di luar negara melalui produk-produk terbaik dan berkualiti Jepun malahan tidak juga terlepas pandang dari segi latar belakang agama para pelanggan. Meskipun makanan Jepun yang popular seperti sushi banyak dinikmati di seluruh dunia, namun umumnya kebanyakan masakan Jepun masih mengandungi bahan-bahan yang haram (non-halal) yang menyulitkan para Muslim seluruh negara untuk mencuba makanan Jepun. Meskipun pada kenyataannya perusahaan Jepun yang menyediakan produk halal atau servis yang ramah Muslim (Muslim Friendly) semakin meningkat, namun ketersediaan produknya masih terbatas di luar negara.

Perusahaan e-commerce, C-Connect, menjadi batu loncatan untuk membangunkan ekonomi dengan menjadi jambatan pengantaraan yang menghubungkan pelanggan luar negara dengan produk-produk halal kualiti Jepun.

“Item Japan” menyediakan informasi yang tertentu, terutamanya dalam produk halal, dengan mendedahkan senarai ramuan, nama institusi yang mengeluarkan pengesahan halal, dan maklumat lain yang berkaitan di setiap laman web produk.

Usaha ini adalah untuk menjamin kepercayaan dalam sesuatu produk halal. Selain itu, website tersebut juga menyediakan ruangan ‘chatting’ bersama pelanggan untuk sebarang persoalan.

Orang yang dipertanggungjawab dalam produk halal telah menyatakan matlamat jangka panjang mereka adalah meningkatkan kecemerlangan pasaran negara Jepun ke luar negara melalui pelbagai cara, dan syarikat ini akan terus meningkatkan pelbagai servis Mesra-Muslim dan produk halal Jepun seiring dengan firma tempatan yang lain yang terlibat dalam perniagaan halal.

item Japan
https://item-japan.jp/about-item-japan
item Japan FaceBook page
https://www.facebook.com/itemjapan.jp?fref=ts

 

logohalal

HALAL GOURMET JAPAN

メルマガ会員募集中