あやむや

BHD (Wakil Pengarah: Suhimi Md Hashim) telah membuka kedai ramen Jepun HALAL “Ayam – YA” di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 16 Disember 2015 (Rabu), dan ia menjadikannya kedai ramen Jepun yang HALAL pertama dibuka di luar negara.

“Kyoto tori soba Ayam -Ya” telah memperoleh sijil HALAL pada Jun 2015 dan semenjak itu telah menghasilkan ramen yang HALAL sepenuhnya bersama sup ayam putih yang pekat kepada pelajar-pelajar Islam dari luar negara dan juga pelancong yang datang melawat Kyoto.

Pembukaan kedai Ramen di Malaysia merupakan kesedaran bahawa kemahuan “Orang Islam yang tidak pernah mempunyai peluang merasai ramen dan menyedari bahawa ia nya salah satu budaya Jepun yang sangat indah” dan “menjadikannya tempat untuk memperkenalkan budaya Jepun kepada dunia’. Di restoren, pelanggan juga berpeluang menikmati hidangan tradisional Jepun yang lain seperti ayam teriyaki, kara-umur, sayatan ayam dan lain-lain sebagai hidangan tambahan kepada ramen.

Secara umumnya, di medan selera dengan ruang yang terhad, kebanyakan hidangan yang dihidangkan adalah pra-masak. Walau bagaimanapun, di Ayam -Ya, sup ramen diperbuat dari bahan-bahan mentah. Tulang-tulang ayam yang banyak di masak lama untuk menghasilkan sup jernih yang penuh dengan aroma ayam. Sup yang telah siap dimasak mempunyai rasa yang kompleks dimana adalah hampir mustahil untuk mempercayai bahawa ia dihasilkan dengan hanya menggunakan ayam.

Menu lain seperti kara-age, ayam teriyaki, dan kutlet ayam dihasilkan dengan menggunakan tangan. Tambahan lagi, kami juga menyediakan ramen pedas untuk memenuhi citarasa masyarakat Malaysia dan Asia Tenggara akan tetapi kami masih menerapkan cita rasa ramen yang asli seperti yang terdapat di Jepun. Maka, kami memberi peluang kepada pelanggan kami untuk menikmati rasa Jepun yang sebenar. Sila lawati kami di Ayam-YA Ramen Halal Jepun apabila anda berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA2.

Ayam-YA あやむ家 Japanese Halal Ramen https://facebook.com/ayamyamy

あやむや①
あやむや⑤
あやむや②
あやむや⑥
あやむや④

HALAL GOURMET JAPAN

メルマガ会員募集中