Masjid yang terletak 18 minit perjalanan dengan kereta daripada Tokyo Disneyland

Front view of the mosque
Pandangan hadapan masjid

Ditulis oleh Nurul Hanim Karim san, Malaysia

Kebanyakan Muslim akan terfikir yang kebanyakan masjid atau musolla di Tokyo adalah terletak di bandar Tokyo. Akan tetapi kami berjaya menjumpai beberapa masjid atau musolla yang terletak di luar bandar Tokyo seperti masjid yang kecil dan comel ini iaitu Masjid Hira di Ichikawa, yang terletak 18 minit perjalanan dengan kereta daripada Tokyo Disneyland dan 5 minit berjalan kaki daripada Stesen Gyotoku.

Kami berhenti untuk menunaikan solat di sini selepas mengunjungi Tokyo Disneyland dan menjumpai masjid setinggi tiga tingkat ini yang berhadapan dengan taman permainan di satu kawasan perumahan yang tenang dan aman, sekaligus memberikan kami satu kawasan yang tenteram untuk menunaikan tanggungjawab kami sebagai Muslim.

Front view of the mosque
Pandangan hadapan masjid

Kawasan solat lelaki dan wanita di bahagikan kepada dua bahagian di tingkat bawah bangunan. Kawasan solat wanita adalah di bahagian kiri dan kawasan solat lelaki adalah di bahagian kanan. Sila rujuk kepada notis yang ditulis di pintu di kedua-dua bahagian berkenaan.

Walaupun kawasan solat adalah agak kecil tetapi ia adalah cukup untuk kami bersolat dengan selesa di sini. Masjid ini tidak mempunyai pemanas dalaman tetapi pengurusan masjid menyediakan beberapa pemanas persendirian untuk kegunaan pengunjung-pengunjung ketika musim sejuk. Di bahagian solat ini juga terdapat kawasan wuduk dan tandas yang selesa untuk pengunjung tanpa perlu pergi ke tempat lain untuk mengambil solat.

Woman praying area
Kawasan solat wanita

Sekiranya terdapat mana-mana pengunjung Muslim di kawasan ini, mereka bole menunaikan solat di sini tanpa perlu pergi ke bandar Tokyo. Ini sangat memudahkan pengunjung-pengunjung tanpa perlu tercari-cari tempat untuk solat. Akan tetapi, untuk pengunjung-pengunjung yang datang dengan kenderaan sendiri, anda perlu mencari tempat meletakkan kenderaan anda di sekitar kawasan ini disebabkan masjid ini tidak menyediakan tempat untuk kenderaan.

Rujukan:
1) https://www.facebook.com/pages/Hira-Mosque/113544778730539
2) http://www.beautifulmosque.com/Hira-Mosque-in-Ichikawa-shi-Japan

Masjid & Musolla di Jepun

[bc url=”https://www.halalmedia.jp/my/masjid/”]

[bc url=”https://www.halalmedia.jp/my/prayer-space/”]

HALAL GOURMET JAPAN

メルマガ会員募集中

Tags: