Bersempena dengan cuti umum yang baru bermula pada tahun ini, iaitu ‘Hari Gunung’ yang jatuh pada setiap 11 Ogos di Jepun, saya dan keluarga telah mengisinya dengan bersiar-siar ke sebuah gunung yang terkenal di bandar Sano, iaitu Gunung Karasawa.
Dengan ketinggian 242 meter dari paras laut, Gunung Karasawa adalah sebuah taman semula jadi yang dipenuhi dengan kehijauan terutamanya pohon mapel Jepun. Untuk yang sukakan aktiviti outdoor dan mencabar, anda boleh cuba mendaki di sini memandangkan terdapat pelbagai hiking course yang tersedia di gunung ini.

13958181_10153935102102582_5095798770220643766_o

Pohon mapel di sepanjang jalan ke atas bukit

13963009_10153935103192582_6117037395517786438_o

Pemandangan indah dari bawah pokok besar yang terdapat di atas bukit

Salah satu perkara yang paling menarik minat saya di sini adalah gunung ini merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di kawasan Kantou. Masih ada sisa tinggalan istana ketika zaman Warring States Period (menurut sejarah Jepun ia adalah sekitar tahun 1467-1568 CE) yang masih dijaga rapi di atas gunung ini. Gunung Karasawa juga telah dianugerahkan secara rasmi sebagai tapak bersejarah negara oleh kerajaan Jepun pada 18 Mac baru-baru ini.

13938074_10153935104152582_5533363133384961963_o

Batu besar yang berada di pintu masuk yang bertulis ‘Tapak Bersejarah Negara Tinggalan Istana Bukit Karasawa’
Antara tinggalan yang masih ada hingga sekarang antaranya ialah dinding batu yang tinggi dan juga perigi telaga yang digunakan dari dahulu. Saya kagum bagaimana mereka dapat menjaga kebersihan dan pada yang sama menjaga hasil tinggalan istana dengan cantik di samping memelihara alam sekitar. Sangat hebat! Tambahan pula, tahukah anda Gunung Karasawa juga merupakan lokasi penggambaran filem Jepun terkenal iaitu ‘Rurounin Kenshin’ atau turut juga dikenali dengan nama ‘Samurai X’?

13963078_10153935104412582_671839127679887291_o

Tinggalan perigi telaga

13987984_10153935105532582_6461785366514911132_o

Dinding batu yang tinggi, antara tinggalan istana yang masih kekal di bukit ini

13987516_10153935106652582_7009557556312094905_o

Sebuah batu besar dengan tulisan gaya purba menulis karakter bahasa Cina yang ditulis di atasnya
Selain itu gunung ini juga popular kerana terdapat banyak kucing-kucing yang sangat jinak dan mesra bersama pelawat-pelawat yang datang ke sini. Kehadiran kucing-kucing ini begitu bermakna sehinggakan ada pekerja yang bertanggungjawab untuk menjaga kucing-kucing ini. Dari pintu masuk hinggalah ke puncak gunung, anda akan ditemani dengan kucing-kucing comel yang sangat jinak ini!

14047129_10153935107867582_7844044296884750999_o

Kucing-kucing yang terdapat di pintu masuk menyambut ketibaan kami sekeluarga

14067775_10153935108237582_1168599079802702338_o

GambPelawat bermain bersama kucing-kucing

14053647_10153935108387582_7207174579797155967_o

Mereka tidak melarikan diri walaupun kami mendekatinya!

13962898_10153935108662582_7664026431813827536_o

Kaya dengan alam semula jadi. Yang paling mengagumkan tiada langsung sebarang sisa buangan kelihatan!

13937764_10153935108842582_3850654523009957382_o

Kucing yang sedang tidur yang dijumpai ketika jalan pulang

Address

1409, Fujicho, Sano-shi, Tochigi, 327-0801, Japan

HALAL GOURMET JAPAN

メルマガ会員募集中