Many our heros in Tochigi

Written by Hafizah Khusni san

Minggu lalu kami sekeluarga meluangkan masa di Muzium Bandai. Pada yang baru pertama kali mendengar nama Bandai, ia adalah sebuah syarikat permainan dan video game Jepun dan juga pengeluar pelbagai model figura plastik. Muzium Bandai mempamerkan hampir 35,000 buah koleksi permainan yang terdiri daripada permainan tradisi Jepun, permainan antik dari seluruh dunia, koleksi-koleksi model Gundam dan juga koleksi berharga dari ciptaan Thomas Edison. Muzium ini terbuka untuk lawatan orang awam.

%ef%bc%91

Muzium Bandai terletak di bandar Mibu, Tochigi dan mengambil masa kira-kira 1 jam setengah dengan menaiki kereta dari Tokyo. Jika anda memilih untuk menaiki tren, stesen terdekat adalah Stesen Omochanomachi (Tobu Utsunomiya line) atau Stesen Ishibashi (JR Utsunomiya line). Kira-kira 15 minit untuk anda sampai ke muzium jika anda menaiki teksi dari Stesen Ishibashi, dan 10 minit dengan berjalan kaki sekiranya anda turun di stesen Omochanomachi.

%ef%bc%92

Muzium ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Japan Toy Museum, World Toy Museum, Hobby Museum and Edison Museum. Japan Toy Museum mempamerkan pelbagai permainan dari zaman Edo hingga sekarang. ‘Kaiawase’, sejenis permainan yang telah dimainkan sejak zaman sebelum Edo turut dipamerkan. Selain itu, ada pelbagai lagi permainan Jepun yang terkenal ciptaan sejak tahun 1950an dipamerkan disini seperti Astro Boy, Tranzor Z, koleksi Super Sentai, Kamen Rider, koleksi figura Sailormoon dan juga Tamagotchi.

%ef%bc%93

’Kaiawase’ dimainkan oleh kaum kerabat diraja ketika zaman Heian (794-1185). Mereka menghargai lukisan yang dilukis di atas kulit kerang sehingga mengadakan pertandingan membandingkannya, menggubah lagu berdasarkannya dan pelbagai lagi cara bermain menggunakan ‘Kaiawase’ ini. ‘Kaiawase’ juga turut dikatakan menjadi bukti keharmonian sebuah rumah tangga dan merupakan item yang penting bagi sebuah perkahwinan.

%ef%bc%94

%ef%bc%95

%ef%bc%96

Selepas Japan Toy Museum, kami ke bahagian World Toy Museum. Bahagian ini mempamerkan hampir 7000 buah permainan yang diwariskan dari London Toy Museum. Kebanyakan daripadanya dibawa masuk dari negara-negara Eropah seperti Jerman, Britain, Sepanyol, Perancis dan juga Itali. Sebuah patung yang diperbuat daripada kayu pada pertengahan abad ke-18 turut dipamerkan di muzium ini, menjadikan patung ini adalah permainan paling antik yang dipamerkan disini.

%ef%bc%97

%ef%bc%98

Patung kayu paling antik yang dipamerkan di dalam muzium ini

Seterusnya, pelbagai koleksi Gundam dipamerkan di bahagian Hobby Museum. Set lengkap model plastik Gundam, White Base (sebuah kapal angkasa yang muncul di dalam anime Gundam) berskala 1/144 dan juga hasil kerja seni pencipta Gundam iaitu ‘Dream of ZAKU’ adalah antara item yang dipamerkan di sini. Selain itu, pengunjung akan disambut dengan patung Gundam bersaiz sebenar di pintu masuk. Mereka turut menyediakan props Gundam untuk digunakan oleh pengunjung yang ingin berfoto berlatar belakangkan patung Gundam tersebut.

%ef%bc%99

%ef%bc%91%ef%bc%90

%ef%bc%91%ef%bc%91

%ef%bc%91%ef%bc%92

Akhirnya, kami ke bahagian Edison Museum. Pelbagai koleksi inovasi hebat oleh Thomas Edison dipamerkan di bahagian ini seperti lampu mentol elektik dan juga gramafon. Selain itu, projector filem, tele voice recorder dan pelbgai rekaan Thomas Edison dan syarikatnya turut dipamerkan di sini.

%ef%bc%91%ef%bc%93

%ef%bc%91%ef%bc%94

Berkenaan kemudahan di sini pula, tandas untuk golongan kurang upaya, warga emas dan ibu mengandung turut disediakan di Muzium Bandai. Bilik menyusu untuk kegunaan ibu menyusu pula terletak di sebelah tandas. Selain itu, ‘play area’ di tengah-tengah bahagian muzium ini menyediakan ruang yang luas untuk anak kecil bermain dengan bebas bersama permainan-permainan dan buku-buku yang disediakan. Padang rumput yang luas di bahagian belakang muzium pula membolehkan pengunjung yang hadir bermain dengan bebas mahupun berpiknik bersama ahli keluarga dan rakan-rakan di sini. Bagi mereka yang hadir dengan menaiki kereta, tiada bayaran dikenakan untuk kawasan letak kereta. Dengan semua tarikan yang sangat menarik ini, bayaran kemasukan untuk seorang dewasa hanyalah 1000 yen, manakala untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun hingga 15 tahun hanya 600 yen dan warga emas berumur 65 tahun ke atas hanyalah 800 yen. Muzium ini beroperasi setiap hari sepanjang tahun dari jam 10:00 pagi hingga 4:30 petang.

%ef%bc%91%ef%bc%95

Pelbagai permainan yang sesuai dengan pelbagai peringkat umur dari bayi hinggalah kanak-kanak

%ef%bc%91%ef%bc%96

Bilik persalinan untuk kegunaan kanak-kanak menukar baju anime kegemaran mereka!

BANDAI MUSEUM

Tel
0282-86-2310
OPEN
10:00~16:30
Address
3-6-20, Omochanomachi, Mibu-machi Shimotsuga-gun, Tochigi, 321-0202, Japan
Website
http://www.bandai-museum.jp/index.html

Related Articles

[card url=”https://www.halalmedia.jp/archives/16893/sano-muslimthon-2016-round-1/”]

HALAL GOURMET JAPAN

メルマガ会員募集中