Kini penginapan anda di bandar Sano lebih baik!

Written by Hafizah Khusni

Hotel Sun Route Sano telah mula mengambil beberapa langkah untuk menyediakan servis yang terbaik buat pelanggan Muslim. Di sini adalah beberapa usaha yang dilakukan oleh mereka dalam mengalu-alukan kehadiran pengunjung Muslim ke bandar Sano.

%ef%bc%91

Menu Sarapan Mesra Muslim

Hotel Sun Route Sano kini menyediakan menu sarapan pagi yang bersesuaian dan patuh syariah untuk pengunjung Muslim yang menginap di sini.

14799867_1212952268780134_139709170_o

Bilik Solat

Selain menu sarapan mesra Muslim, pihak hotel juga menyediakan bilik solat untuk digunakan oleh pelanggan Muslim mereka.
1)Terletak di Tingkat 3.

14647407_10202363153916724_1448751295_o

2)Bilik solat diasingkan kepada dua; bilik solat lelaki dan bilik solat wanita. Selain ruang yang luas dan selesa, setiap bilik solat disertakan dengan arah kiblat yang dilekatkan di siling. Sinki juga turut disediakan di dalam setiap bilik untuk keperluan wudhu. Tuala juga disediakan berdekatan dengan sinki untuk mengelakkan lantai daripada basah dan boleh juga digunakan oleh pelanggan. Di bilik solat wanita, mereka menyediakan cermin yang besar demi memudahkan pengunjung wanita bersiap-siap selepas solat.

%ef%bc%94

%ef%bc%95

%ef%bc%96

%ef%bc%97

3)Pihak hotel juga meminjamkan sejadah secara percuma untuk pelanggan Muslim mereka. Anda boleh mendapatkan sejadah ini di kaunter resepsi hotel di tingkat satu. (Sejadah tidak disediakan di dalam bilik solat).

14689211_10202363154076728_259627857_o

4)Pelanggan Muslim dialu-alukan untuk menunaikan solat di bilik solat ini sebelum check-in ataupun selepas check-out.

HALAL BENTOU

Hotel Sun Route Sano juga menyediakan khidmat ‘bentou’ (bentou bermaksud bekalan makanan) halal.

%ef%bc%99

Hotel Sunroute Sano

Tel
0283-24-5000
Address
702-27, Asahicho, Sano-shi, Tochigi, 327-0011, Japan
Website
http://sr-sano.co.jp/

Related Article

[card url=”https://www.halalmedia.jp/archives/16727/enjoy-muslim-friendly-town-sano-premium-outlet-mountain-welcomes-cats-best-gyoza-japan/”]

[bc url=”https://www.halalmedia.jp/masjid/”]

[bc url=”https://www.halalmedia.jp/prayer-space/”]

HALAL GOURMET JAPAN

メルマガ会員募集中