Notable exhibiter

Written by Hafizah Khusni san

Logo_HalalExpoJp16_12

HALAL EXPO JAPAN

HALAL EXPO JAPAN merupakan ekspo Halal terbesar di Jepun. Ekspo ini diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2014 dan tahun ini merupakan kali ketiga. Antara objektif HALAL EXPO 2016 adalah:
1.Pemahaman yang semakin mendalam mengenai Halal
2.Menggalakkan kunjungan dari negara-negara Islam
3.Mengembangkan pengeksportan servis dan produk Halal
4.Untuk menyebarkan tentang usaha Jepun dalam industri Halal di mata dunia

Dengan itu, pada tahun ini Ryomo Muslim Inbound Development Council akan menyertai Halal EXPO JAPAN 2016 sebagai wakil bandar Sano buat pertama kalinya.

RYOMO MUSLIM INBOUND DEVELOPMENT COUNCIL

Ryomo Muslim Inbound Development Council (RMIDC) ditubuhkan pada Disember 2015. Objektif utama pertubuhan majlis ini adalah untuk membangunkan bandar di mana Muslim boleh berkunjung, tinggal dan meluangkan masa tanpa sebarang masalah terutamanya bandar Sano. Selain itu, majlis ini juga berusaha untuk membina persekitaran mesra Muslim di sepanjang kawasan Ryomo menjelang Tokyo Olimpik 2020 dan turut membina bandar-bandar di mana pelancong Muslim boleh berkunjung tanpa sebarang masalah terutamanya berkenaan makanan dan tempat tinggal di Jepun.

Di bawah merupakan beberapa kandungan utama RMIDC semasa HALAL EXPO JAPAN 2016.

1.Pengenalan tentang RMIDC, Muslimthon dan juga perlaksanaan Pelancongan Muslim di bandar Sano dari Indonesia
2.Mengedarkan pamplet ahli Majlis dan juga kad kedai-kedai yang terlibat
3.Pengagihan benih strawberi daripada peladang
4.Pengenalan ahli majlis. Mereka adalah:

Nikkoken
Wakaba
Teppan Dining SUN
Hotel Sun Route
・Miso Manjuu Araiya
・Yuna Chuubou
・Global Action Partner
・Daikokuya
・Tanboya

Antara objektif menyertai HALAL EXPO JAPAN 2016 adalah:-

1.Menonjolkan daya tarikan bandar Sano sebagai tempat mesra Muslim
2.Menjelaskan peranan utama RMIDC dan juga usaha kerjasama bersama Majlis lain yang terlibat
3.Perkembangan baru bekerjasama dengan pentadbiran awam dan kerajaan
4.Memaklumkan kepada pengunjung terutamanya pihak media dan pihak yang berkaitan dengan pelancongan dan juga untuk membina imej bandar Sano sebagai spot mesra Muslim

HALAL EXPO JAPAN akan diadakan di Tokyo Metropolitan Trade Center Taitokan dari 22 November hingga 23 November 2016. EXPO ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai minat terhadap Halal industri. Untuk maklumat lanjut, sila layari website dibawah ini.
http://expo2016e.halalmedia.jp/

Related Article

[card url=”https://www.halalmedia.jp/archives/16727/enjoy-muslim-friendly-town-sano-premium-outlet-mountain-welcomes-cats-best-gyoza-japan/”]

HALAL GOURMET JAPAN

メルマガ会員募集中