Written by Hafizah Khusni

Strawberi di Jepun sangat terkenal dengan kemanisan dan kesedapannya dan sangat digemari oleh rakyat Jepun dan juga serata dunia. Tahukah anda bahawa Tochigi sangat terkenal dengan buah strawberinya yang sangat sedap? Selain itu, Tochigi juga merupakan prefektur yang menghasilkan strawberi terbanyak di Jepun.
Mengapa strawberi dari Tochigi sangat sedap?

Prefektur Tochigi kaya dengan sinaran matahari, air yang bersih dan juga tanah yang subur. Perbezaan suhu yang ketara antara waktu siang dan malam ketika musim panas dan musim sejuk juga merupakan salah satu lagi rahsia dalam menghasilkan strawberi yang sangat manis dan sedap di sini.

Jenis-jenis strawberi di Tochigi
Terdapat beberapa jenis strawberi di Tochigi.
とちおとめ
1.Tochiotome – Dilahirkan pada 1996. Merupakan baka strawberi yang paling terkenal di Jepun, mempunyai bentuk yang cantik, warna merah yang terang dan juga mempunyai banyak jus strawberinya.
とちひめ
2.Tochihime – Dilahirkan pada tahun 2001. Isi strawberi yang berwarna merah dan sangat kaya dengan jus strawberi dan rasanya yang manis. Hanya boleh dinikmati di ladang strawberi sahaja.
なつおとめ
3.Natsuotome – Dilahirkan pada 2011. Dikenali juga sebagai ‘summer/autumn strawberry’, baka jenis ini boleh disimpan dalam suhu yang tinggi dari suhu kebiasaan yang digunakan untuk menyimpan strawberi.
スカイベリー
4.Skyberry – Dilahirkan pada 2011. Bentuk kon yang cantik dan saiznya yang sangat besar adalah ciri-ciri utama baka ini. Keseimbangan rasa manis dan masamnya yang sangat baik juga merupakan keistimewaan Skyberry.
Ichigo Gari

‘Ichigo Gari’ adalah salah satu aktiviti terkenal pada musim sejuk di Jepun. ‘Ichigo’ membawa maksud ‘strawberi’ manakala ’Gari’ pula membawa maksud ‘memburu’. Ichigo Gari adalah aktiviti di mana anda boleh makan sebanyak mana strawberi yang boleh di ladang strawberi dalam masa yang ditetapkan. Aktiviti ini sangat digemari dan popular di kalangan rakyat Jepun, rakyat luar yang menetap di Jepun, keluarga, kanak-kanak, pasangan dan juga pelancong!
Berikut merupakan senarai ladang strawberi di mana anda boleh nikmati strawberi yang sangat manis dan sedap di bandar Sano!

Sano Kankou Nouen Aguritown

Address
〒327-0835 802-4 Ueshimo-cho, Sano-shi, Tochigi-ken
Tel
0283-20-5215
Open period
Late December to May
Website
http://itigogari.com/strawberry/

Domannaka Tanuma Ichigo Gari

Address
362 Omi-cho, Sano-shi, Tochigi-ken
Tel
0283-62-8838
Open period
Early January to End of May
Website
http://www7b.biglobe.ne.jp/~berry-berry/

Kedua-dua ladang strawberi ini perlu dibuat tempahan beberapa hari sebelum anda merancang untuk menikmati Ichigo Gari di sini.

HALAL GOURMET JAPAN

メルマガ会員募集中