Written by Hafizah Khusni

Nikmati juadah sambil mengenakan pakaian tradisional negara Jepun – Kimono di Restoran Tanbaya!

Baru-baru ini sebuah restoran tradisional Jepun di bandar Sano, Kappou Tanbaya telah memulakan menu mesra Muslim – daripada pembuka selera hinggalah kepada menu utama dan juga pencuci mulut. Bukan itu sahaja tarikan menarik untuk Muslim yang berada di Jepun, mereka juga menyediakan servis ‘memakai kimono’ untuk wanita Muslim. Anda boleh menikmati juadah di restoran ini sambil memakai kimono!

Saya dan keluarga telah pergi ke restoran ini semalam. Saya dan suami memang penggemar makanan Jepun, dan saya sangat teruja untuk mencuba kimono setelah 6 tahun menetap di Jepun.

Kami tiba di restoran pada jam 6:15 petang. Saori san, staf wanita Tanbaya menyambut kami di pintu masuk dengan sangat sopan dan terus membawa kami ke sebuah bilik santapan persendirian. Selepas meletakkan barang-barang kami, Saori san membawa saya ke bilik persalinan untuk memakaikan saya kimono.

割烹丹波屋

HALAL GOURMET JAPAN

メルマガ会員募集中