Salon seperti “hotel 5 bintang”

Pada minggu lepas saya berpeluang untuk pergi ke salon mesra Muslimah di bandar Sano iaity Lynden Hair Salon. Di bawah ini merupakan sebab-sebab mengapa Muslimah di Jepun mesti pergi ke salon ini untuk potongan rambut.

Muslimah-friendly Hair Salon Lynden in Sano

Staff yang Sangat Mesra

Muslimah-friendly Hair Salon Lynden in Sano

Saya pergi bersama suami dan anak kecil saya yang berumur 1 tahun 4 bulan. Apabila kami tiba di pintu masuk salon, kami disambut mesra oleh staff-staff Lynden yang sangat ramah. Saya sudah membuat temu janji beberapa hari sebelum pergi jadi mereka sudah menyediakan siap-siap bilik privasi khas untuk saya.

Servis Pelanggan yang Terbaik

Muslimah-friendly Hair Salon Lynden in Sano

Staff salon ini juga menawarkan untuk menyimpan kot musim sejuk dan bag saya di dalam almari khas yang disediakan untuk pelanggan. Sebelum mereka membawa saya ke bilik privasi, mereka menghidangkan suami saya secawan teh dan snek untuk anak kecil saya sementara menunggu saya selesai memotong rambut.

Sedia Maklum tentang Muslimah & Hijab

Yashiro san, pengurus Lynden cawangan Sano yang bertugas untuk sesi potongan rambut saya kali ini. Beliau sangat ramah dan kami berbual tentang banyak perkara walaupun baru pertama kali berjumpa. Perkara paling saya suka sekali adalah staff di sini sudah sedia maklum tentang saya, seorang Muslimah yang memakai hijab dan mereka tidak membuat saya kekok dengan itu. Sejak saya datang ke Jepun 7 tahun lepas, saya kerap berasa tidak selesa apabila ramai orang Jepun yang memandang saya dari atas hingga ke bawah kerana hijab saya.

Perunding Personal Berkenaan Masalah Rambut

Muslimah-friendly Hair Salon Lynden in Sano

Semasa rambut saya dipotong, saya turut bertanya soalan-soalan berkaitan masalah rambut saya kepada Yashiro san. Oleh kerasa lazim mengenakan hijab, agak susah untuk menjaga kecantikan dan kesihatan rambut dan kulit kepala. Beliau mengajar saya banyak perkara penting tentang rambut seperti cara-cara membasuh rambut dengan betul, jenis-jenis shampoo, kondisioner dan terapi yang sesuai digunakan oleh saya. Beliau juga memberi pandangan tentang stail rambut yang sesuai dengan bentuk muka saya.

Bilik Privasi yang Sangat Selesa!

Muslimah-friendly Hair Salon Lynden in Sano

Muslimah-friendly Hair Salon Lynden in Sano

Muslimah-friendly Hair Salon Lynden in Sano

Bilik privasi yang disediakan sangat selesa; mereka mempunyai cermin besar yang memudahkan saya bersiap-siap memakai hijab dan mudah untuk saya pastikan tiada aurat yang terdedah sebelum saya keluar sesudah memotong rambut. Kerusi yang selesa, dan mereka juga turut menawarkan saya selimut untuk diletakkan di atas peha untuk mengelakkan saya dari kesejukan. Semuanya dilakukan oleh seorang staff saja, jadi saya rasa sangat selamat dan lega. Tidaklah saya risau aurat saya terdedah dan dilihat oleh ramai staff.

Bilik Kanak-kakak

Muslimah-friendly Hair Salon Lynden in Sano

Muslimah-friendly Hair Salon Lynden in Sano

Muslimah-friendly Hair Salon Lynden in Sano

Semasa sesi potongan rambut saya, anak kecil saya menghabiskan masa dengan bermain di bilik kanak-kanak yang disediakan di dalam salon bersama suami saya. Saya berasa sangat lega kerana anak saya sukar untuk berenggang dengan saya dan agak mustahil untuk saya pergi ke salon untuk memotong rambut sebelum ini. Tetapi di Lynden, anak saya sangat seronok bermain di bilik kanak-kanak itu sambil menunggu saya selesai.

Tandas Mesra Golongan Kurang Upaya

Muslimah-friendly Hair Salon Lynden in Sano

Muslimah-friendly Hair Salon Lynden in Sano

Tandas di Lynden boleh digunakan oleh semua pelanggan; tambah-tambah lagi tandasnya mesra golongan kurang upaya dan juga mudah digunakan untuk yang berkerusi roda. Ruang yang luas untuk memudahkan pihak penjaga untuk masuk bersama-sama dan juga turut dilengkapi dengan pemegang. Wanita mengandung, pelanggan yang datang bersama anak kecil dan juga golongan kurang upaya dapat menggunakan tandas ini dengan mudah.

Bangunan yang Cantik

Muslimah-friendly Hair Salon Lynden in Sano

Muslimah-friendly Hair Salon Lynden in Sano

Bangunan salon ini sendiri apabila dilihat dari luar sangat cantik, begitu juga dengan hiasan dalamannya. Salon ini juga mempunyai suasana yang menenangkan. Dapat memotong rambut di sini merupakan satu pengalaman yang sangat menenangkan dan merehatkan saya. Dengan layanan yang terbaik dan lain-lain, ia seperti dilayan di hotel 5 bintang!

Artikel Terkait

[bc url=”https://www.halalmedia.jp/my/archives/22931/roops-muslim-friendly-beauty-salon-in-tokyo-can-offer-you-private-services-by-only-female-stylist/”]

[bc url=”https://www.halalmedia.jp/my/archives/21546/perfect-guide-of-halal-food-stores-in-sano-city-tochigi/”]

HALAL GOURMET JAPAN

メルマガ会員募集中